Doa Selepas Wuduk | Doa harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.
Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.
"Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh."
Melalui pembacaan di gedung ilmu , selepas berwuduk, kita disunatkan untuk membaca doa selepas wuduk sambil mengadap kiblat.. Doa selepas wuduk seperti di dalam gambar di atas .
Menurut gedung ilmu sesiapa yang membaca doa ini selepas mengambil wuduk maka akan terkeluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang ia tidak akan mati dalam keadaan murtad. Maksudnya, ia akan mati dalam keadaan beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air wuduk itu sentiasa bertasbih dan bertafakur serta dituliskan baginya pahala sehinggalah ke hari kiamat.
Subhanallah. Marilah kita semua umat Islam mengamalkannya.
0 comments:
Post a Comment