Saturday, March 28, 2015

Larangan Membuat Hadith Palsu

Larangan Membuat Hadith Palsu | Dari Mughirah r.a katanya ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya berdusta berkenaan dengan ucapanku tidaklah sama dengan dusta terhadap ucapan orang lain. Siapa yang sengaja berdusta tentang hadithku, maka hendaklah dia menempati tempatnya di neraka.

SUMBER : http://e-hadithpilihan.blogspot.com

Friday, February 14, 2014

Perlu Tegas Cegah Sambut Hari Kekasih



Perlu Tegas Cegah Sambut Hari KekasihUmat Islam di negara ini diminta agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut kerana ia jelas salah di sisi agama serta akidah Islam.

Penceramah bebas, Dr Abd Basit Abd Rahman berkata, sambutan itu dilarang kerana ada kaitan dengan agama penganut Kristian yang bertentangan dengan agama Islam.

“Sering kali sambutan tidak berfaedah ini disambut dengan adegan berdua-duaan dan membuat maksiat sehingga sanggup menggadaikan maruah demi bukti kasih-sayang. 
“Sebenarnya kasih-sayang dalam Islam disarankan disambut setiap hari, bukannya pada hari-hari tertentu. Tetapi perlulah mengikut landasan agama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kerajaan harus mainkan peranan lebih tegas akan gejala ini agar ia tidak menjadi seakan satu kewajiban untuk diraikan.

“Ibu bapa juga pihak paling penting membuat pantauan terhadap anak masing-masing demi mengelak mereka terikut dengan sambutan agama lain.
“Tekankan keburukan mengikut amalan agama lain yang dilihat seakan boleh diraikan tetapi sebenarnya bahaya pada agama dan akidah,” katanya.

Beliau berkata, jika ada usaha dari mana-mana pihak untuk memberi kesedaran akan hal seperti ini ia perlu diberi sokongan.

“Seperti yang dilakukan Jabatan Mufti Selangor dengan mengedarkan risalah 'Hukum Sambutan Valentine Day' kepada masyarakat sekitar harus dicontohi. 
“Secara tidak langsung usaha itu akan memberi maklumat kepada yang tidak mengetahui kesalahan sambutan ini,” katanya.
SUMBER

Wednesday, February 5, 2014

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim


6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim | Memang sangat bertuah menjadi seorang perempuan kerana terdapat pelbagai kelebihan. Antaranya perempuan mempunyai rahim. Terdapat sebab lain beruntungnya permpuan mempunyai rahim ialah : 

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.

Monday, February 3, 2014

Hukum Penubuhan Bank Susu


Hukum Penubuhan Bank Susu | PUTRAJAYA : Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram. 

Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat. 

Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia. 

Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.

Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.


“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.  
“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

Sementara itu, muzakarah berkenaan juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.

Menurut muzakarah itu, tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan dan perbuatan membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi perkara yang dilarang dan berdosa.


“Bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, muzakarah memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan. 
“Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan mengesahkan pesakit tiada harapan sembuh dan pesakit dibenar pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan diteruskan adalah dibenar Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia atau mercy killing,” katanya.

Muzakarah juga memutuskan dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian apabila disahkan pakar dan adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris terdekat.

Wednesday, January 29, 2014

Doa Selepas Wuduk


Doa Selepas Wuduk | Doa harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

"Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh."

Melalui pembacaan di gedung ilmu , selepas berwuduk, kita disunatkan untuk membaca doa selepas wuduk sambil mengadap kiblat.. Doa selepas wuduk seperti di dalam gambar di atas .

Menurut gedung ilmu sesiapa yang membaca doa ini selepas mengambil wuduk maka akan terkeluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang ia tidak akan mati dalam keadaan murtad. Maksudnya, ia akan mati dalam keadaan beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air wuduk itu sentiasa bertasbih dan bertafakur serta dituliskan baginya pahala sehinggalah ke hari kiamat.

Subhanallah. Marilah kita semua umat Islam mengamalkannya.